Pengurusan bilik darjah yang baik tidak akan berlaku tanpa perancangan dan menjadi salah satu aspek yang penting dalam usaha kearah sistem pendidikan yang terbaik selaras dengan pembelajaran abad ke – 21 yang telah dilaksankan sejak tahun 2014. Usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan melalui pendidikan abad ke – 21 telah menampakan sistem pendidikan yang bertaraf dunia dan memberi impak yang besar kepada sistem Pendidikan di Malaysia.
Pengurusan bilik darjah yang dikatakan juga menjadi salah satu faktor kecemerlangan murid. Setiap aktiviti pengajaran akan berlaku dengan lancar sekiranya bilik darjah mempunyai aktiviti pembelajaran yang tidak ada ganguan tingkah laku yang tidak menyenangkan. Selain itu, persekitaran bilik darjah yang bersih, kemas serta ceria menaikkan lagi semangat para pelajar untuk belajar dan membuat pelajar lebih selesa untuk belajar di dalam persekirann yang ceria. Jelaslah bahawa pengurusan bilik darjah merupakan tugas yang penting yang memerlukan pengetahuan, kemahiran, kesabaran dan komitmen yang optimum bagi memperoleh kesan yang maksimum. Harus diingat bahawa guru perlu mendapat maklumat secukupnya tentang bilik darjah dan murid - muridnya terlebih dahulu sebelum menjejakkan buat pertama kali ke dalam bilik darjah berkenaan. Kepimpinan bilik darjah yang diamalkan oleh guru bukan sahaja boleh menentukan pencapaian matlamat sebuah bilik darjah malah memberi kesan ke atas semua individu yang ada dalam bilik darjah tersebut. Guru harus bertindak termasuk merefleksi diri cuba melaksanakan pembelajaran secara kolaboratif dan penyelesaian masalah dalam menuju kearah kepimpinan bilik darjah yang berkesan.
0 Comments
|