Pusat pembelajaran merupakan satu ruang yang terdapat di dalam bilik darjah yang kosong dan dilengkapi pelbagai bahan sumber serta dihiasi dan dibina mengikut kreativiti guru dan murid. Di SMK Long Gafar, sekolah kajian kumpulan kami, pusat pembelajaran diwujudkan bagi menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara formal mahupun tidak formal. Pusat pembelajaran ini merupakan tempat bagi murid-murid bekerjasama dalam kumpulan kecil di dalam bilik darjah. Pada ruang ini, murid akan bekerjasama dalam mengendalikan projek yang diberikan guru pada mereka dalam masa yang telah ditetapkan untuk menyelesaikannya. Hasilnya, pusat pembelajaran dapat memberi peluang kepada murid untuk mengamalkan pelbagai kemahiran semasa terlibat dalam menyelesaikan projek seperti kemahiran berkomunikasi dan kemahiran tangan. Pusat pembelajaran diurus atas usaha sama antara guru dan murid melalui pelbagai cara, kaedah, teknik dan pendekatan. Setiap sesi pengajaran akan dirancang oleh guru dan menggunakan medium pusat pembelajaran secara maksimum bagi mencapai matlamat PdP yang berkesan. Oleh itu, pentingnya pusat pembelajaran di dalam bilik darjah bagi guru dan murid untuk mencapai matlamat kecemerlangan dalam pendidikan murid. Pelbagai kemahiran dapat ditonjolkan murid dalam penggunaan pusat pembelajaran dan akhirnya menjadi satu kemahiran buat murid untuk masa hadapan kelak. Apakah Impak Pusat Pembelajaran pada Murid SMK Long Gafar?
Fungsi Pusat Pembelajaran di SMK Long Gafar
Contoh Pusat Pembelajaran di SMK Long Gafar
Penubuhan Pusat Pembelajaran SMK Long Gafar Faktor Penubuhan
Jenis Pusat Pembelajaran
Pusat Pembelajaran yang ada di SMK Long Gafar
Cara guru SMK Long Gafar merancang aktiviti
Pengurusan Pusat Pembelajaran Peranan Guru
Peranan Murid
Analisis SWOT Pusat Pembelajaran Kekuatan
Kelemahan
Halangan
Peluang
Rujukan Salini Dharan. (2014). Tajuk 4 Bahan Bantu Mengajar. Diperoleh daripada https://www.slideshare.net/salinidharan/tajuk-4-bahan-bantu-mengajar Shahrizzat Md Sukor. (2017). Tajuk 5 Pengurusan Bilik Darjah. Diperoleh daripada https://www.slideshare.net/syahsyukur/pengurusan-bilik-darjah-81608673 Sudut bacaan Sudut kreativiti Sudut buletin Papan kenyataan
0 Comments
|
AuthorSiti Nabilah Mohd Nadzri
|