AKTIVITI PENGAJARAN INDIVIDU Aktiviti pengajaran individu biasanya mengamalkan cara pengajaran yang menumpukan perhatian terus kepada seseorang murid tertentu dengan bahan – bahan pengajaran yang dikhaskan kepadanya. Pengajaran cara ini diasaskan kepada pengakuan setiap murid adalah berbeza dari segi intelek, minat, kecekapan, daya cipta, dan kebolehan – kebolehan lain. Kesemua pengajaran individu diwujudkan dengan mengambil kira perbezaan pencapaian serta kadar kepantasan murid. OBJEKTIF PENGAJARAN INDIVIDU
TUJUAN AKTIVITI PENGAJARAN INDIVIDU Aktiviti pengajaran individu bertujuan supaya murid – murid boleh belajar mengikut kemampuan sendiri. Pengajaran secara individu ini boleh dijalankan dalam dua bentuk mengikut tujuan dan objektif:
DEFINISI PENDIDIKAN KHAS Pendidikan khas ialah satu program yang dibentuk untuk memenuhi keperluan pendidikan murid – murid yang berkeperluan khas. Pendidikan khas juga merujuk pada satu pendekatan, rancangan pendidikan, strategi, kaedah dan teknik untuk mengajar murid – murid istimewa kerana mereka tidak berupaya untuk mencapai target yang sepatutnya daripada program sekolah aliran. Menurut Chua Tee Tee dan Koh Boh Boon (1992), Pendidikan khas adalah satu program pendidikan yang dirancang khas untuk murid – murid istimewa atau luar biasa daripada segi intelek, jasmani, sosial atau emosi. Mereka tidak akan dapat mencapai pertumbuhan dan penyuburan biasa, hinggakan mereka tidak berupaya mendapat faedah sepenuhnya daripada program pendidikan sekolah biasa. Oleh sebab itu, program pendidikan menegaskan kepentingan memelihara setiap murid yang mempunyai potensi yang berbeza. Perbezaan potensi ini mewujudkan pelbagai keperluan pendidikan. Murid – murid istimewa ini hendaklah diberi peluang untuk mengikuti satu program Pendidikan khas yang bersesuian dengan potensi mereka. Program Pendidikan khas ini akan dapat mengembangkan potensi mereka secara optimum dan seterusnya menjadikan mereka warganegara yang berguna, serta memberikan sumbangan dan perkhidmatan kepada masyarakat dan negara. PENDIDIKAN KHAS DI SMK LONG GAFAR Aktiviti pengajaran individu biasanya digunakan dalam Pendidikan khas kerana memerlukan penggunaan bahan – bahan, peralatan, kaedah pengajaran khusus dan perhatian yang teliti dan rapi kepada murid Pendidikan khas. Program Integrasi Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Menengah Kebangsaan Long Gafar (SMKLG) telah ditubuhkan seawal bulan Januari 2008 dan memulakan operasi sepenuhnya pada hujung bulan Januari tahun 2008. Program ini ditubuhkan kerana menyedari betapa perlunya peluang pendidikan bagi murid - murid yang berkeperluan khas di kawasan bermula daripada Padang Kala ke Pasir Tumboh. Oleh kerana Program Integrasi di Sekolah Rendah telah diadakan di Sekolah Padang Kala, maka perlu ada kesinambungan di mana murid berkeperluan khas ini dapat menyambung pelajaran mereka ke aras yang lebih tinggi sedikit. Oleh sebab itulah Program Integrasi Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Long Gafar ini ditubuhkan. RUJUKAN
Salleh, S. F. (2018). Masalah pengajaran guru dalam program Pendidikan inklusif di sekolah. Asian People Journal (APJ), 1(2), 243-263. Diperoleh daripada https://journal.unisza.edu.my/apj/index.php/apj/article/view/88 Noor Aini Ahmad. (2014). Pengurusan program Pendidikan inklusif bagi murid bermasalah pembelajaran: kajian secara naratif inkuiri. Management research journal. 3, 38 – 52. Diperoleh daripada https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/MRJ/article/download/1477/1064/ Mohd Zuri Ghani & Aznan Che Ahmad (2011). Pengantar Pendidikan khas. Diperoleh daripada https://books.google.com.my/books?hl=en&lr=&id=HBCoCgAAQBAJ&oi=fnd&pg=PT5&dq=pendidikan+khas&ots=uLObbRCutq&sig=iBhVtz91yJEfSEIhWqBLEdFyPA&redir_esc=y#v=onepage&q=pendidikan%20khas&f=fals.
0 Comments
|
AuthorMASWIYAH BINTI ABD HAMID |