Mengapa Pengurusan Bilik Darjah begitu penting??? PUSAT KAJIAN Kami telah memilih sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Long Gafar sebagai pusat kajian kami bagi mengetahui cara pengurusan bilik darjah dan sistem yang digunakan di sekolah tersebut. Sekolah Menengah Kebangsaan Long Gafar (SMKLG) telah ditubuhkan pada Januari 1965. SMK Long Gafar ini terletak di Kubang Keranji, Kota Bharu, Kelantan. Pada awalnya nama sekolah ini adalah Sekolah Menengah Rendah Kubang Keranji. Pada tahun 1970, SMK Long Gafar telah mendapat bangunan sendiri. Seterusnya pada tanggal 17 Julai 1974, sekolah ini ditukar nama kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Long Gafar. Nama ini diambil sempena nama Long Gafar iaitu seorang pahlawan dan pembesar negeri Kelantan sekitar tahun 1670. Pada tahun 2020, jumlah murid berdaftar seramai 837 orang dan jumlah guru yang mengajar adalah seramai 84 orang. Nama pengetua SMK Long Gafar pada tahun 2020 adalah Encik Basri Bin Ariffin. Peraturan wajib di SMK Long Gafar
Kepentingan pengurusan aktiviti dalam bilik darjah Pengurusan bilik darjah merupakan sebahagian dari proses pengajaran dan pembelajaran bertujuan untuk membina serta memupuk tingkah laku pelajar dalam bilik darjah agar proses pengajaran dapat dilaksanakan dengan lancar, manakala aktiviti penyampaian ilmu bertujuan pelajar dapat mencapai objektif spesifik sesuatu pembelajaran Suasana pembelajaran yang berkesan tidak mungkin terbina dengan hanya memberi tumpuan pada proses penyampaian isi pengajaran guru sahaja. Ia turut melibatkan aspek pengurusan bilik darjah serta tingkah laku pelajar. Pengurusan bilik darjah berkesan mampu meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Seorang guru seharusnya mampu mengurus bilik darjah dan mengawal tingkah laku pelajar agar proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dengan lancar dan berkesan tanpa gangguan. Disamping itu, ia mampu mempengaruhi motivasi, tingkah laku serta penglibatan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bilik darjah yang diurus dengan baik adalah tempat dimana pelajar sentiasa mengambil berat dan bekerjasama di antara satu sama lain, membuat pilihan yang bijak dan sering berusaha untuk menghasilkan kerja yang berkualiti, menarik dan penting bagi mereka. Selain itu, pengurusan bilik darjah juga dapat memberikan capaian atau objektif aktiviti yang ingin dicapai guru itu sendiri dalam pembelajaran dan pengajaran. Penyusunan meja juga penting bagi memudahkan guru untuk memantau aktiviti pelajar dari masa ke semasa. Selain itu juga, susunan meja yang baik juga dapat memberikan keselesaan kepada pelajar untuk bergerak dan berinteraksi untuk berbincang bersama rakan-rakan. Sekian Terima Kasih, Sila tekan link di bawah untuk ke halaman Susunan Aktiviti.
0 Comments
|
AuthorMUHAMAD MUHAIMER BIN TAUFEEK EFFENDY ArchivesCategories |