PENYEDIAAN BAHAN PENGAJARAN
Pengajaran memerlukan sesuatu untuk ia mudah disampaikan. Manakala pembelajaran pula memerlukan rangsangan untuk memudahkan pelajar menerima isi pelajaran. Rangsangan yang sukar ditanggapi tidak akan dapat diproses dan tidak akan menjadi pengalaman. Oleh yang demikian, kecerdasan walau bagaimana baik pun ia, jika kurang mendapat rangsangan, ianya tidak akan menghasilkan perkembangan kecerdasan dan pengalaman yang berkesan.berdasarkan hakikat inilah, peranan guru dalam menentukan alat-alat bantu pengajaran dan pembelajaran sangat penting. Ini adalah kerana alat-alat itu merupakan media yang mampu mewujudkan rangsangan dan yang kemudiannya akan bertindak memperkembangkan kecerdasan dan pengalaman. Oleh sebab itu, guru-guru disarankan supaya dapat menyusun dan merancang aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka dengan baik, terutamanya dari segi pemilihan, penyesuaian dan penggunaan bahan-bahan bantu pengajaran, kerana inilah di antara aspek yang memberi kesan terhadap prestasi para pelajar. Di samping itu alat bantu mengajar (ABM) juga dapat memainkan peranan ke arah peneguhan dan pemahaman pelajar. MAKSUD BAHAN PENGAJARAN Bahan bantu mengajar (BBM) atau alat bantuan mengajar (ABM) merupakan segala atau suatu kelengkapan yang digunakan oleh guru atau murid untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di bilik darjah. Bahan bantu mengajar bukan sahaja terhad kepada buku teks, papan tulis, kapur, dan gambar-gambar sahaja, tetapi ia merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan semua pancaindera dan apa sahaja yang dapat dialami oleh para pelajar. Pembelajaran dengan menggunakan alat bantu mengajar (ABM) dapat memastikan pelajar mengikuti serta dapat memberikan pelajar kefahaman yang berkesan dan juga dapat menarik minat mereka terhadap mata pelajaran yang diajarkan. JENIS ALAT BANTU MENGAJAR Atan long (1981) membahagikan alat bantu mengajar (ABM) kepada tiga kumpulan, iaitu :
Noraziah abdul hamid (1981) membahagikankan alat bantu mengajar kepada dua kumpulan, iaitu :
Hanapiah sudin (1979) membahagikan alat bantu mengajar kepada dua, iaitu :
Jenis Alat Bantu Mengajar menurut (kamaruddin hj. Hussin,1987) :
KEPENTINGAN DAN TUJUAN ALAT BANTU MENGAJAR
KEMAHIRAN DALAM MEMILIH ALAT BANTU MENGAJAR (ABM). Kemahiran adalah kecekapan atau kepandaian seseorang untuk membuat sesuatu. Tanpa kemahiran agak sukar bagi seseorang itu mengendalikan sesuatu. Begitu juga dalam bidang perguruan, kemahiran amat diperlukan. Seperti kemahiran dalam memilih serta mengaplikasikan alat bantu mengajar (ABM) yang telah dipilih. Dalam memilih alat bantu mengajar , guru seharusnya berkemahiran dalam menilai dan menimbang akan keperluan atau sumbangan alat bantu dalam pengaplikasiannya dalam pengajaran dan pembelajaran. Pertimbangan seharusnya menekankan semua aspek atau kriteria-kriteria dalam pengajaran dan pembelajaran. Kriteria-kriteria dalam memilih alat bantu mengajar ( itu, di antaranya :
Alat bantu mengajar harus disediakan dengan perbelanjaan yang rendah dan dalam masa yang berpatutan. Tiada gunanya membuat Alat bantu mengajar (ABM) dengan perbelanjaan yang terlalu tinggi dan menggunakan masa yang lama untuk menyediakannya. KELEBIHAN
KELEMAHAN
HALANGAN
RUANG PENAMBAHBAIKAN
RUJUKAN
0 Comments
|
AuthorNUR FIRZANAH BINTI AHMAD BAHAR |