APAKAH PENGAJARAN BERKUMPULAN?Aktiviti pengajaran berkumpulan merupakan kaedah pengajaran yang memerlukan murid menjalankan aktiviti dalam kumpulan. Murid akan dibentuk mengikut kebolehan dan pelbagai kebolehan, serta minat murid. TUJUAN PENGAJARAN BERKUMPULANBerdasarkan pengertian aktiviti pengajaran, berikut merupakan tujuan bagi aktiviti pengajaran berkumpulan dijalankan. a) Memudahkan proses bimbingan murid. Proses bimbingan murid lebih mudah dan teratur apabila murid dikelompokkan dalam kategori yang sama, sama ada mengikut kebolehan, pelbagai kebolehan atapun minat murid. b) Menggalakkan penglibatan murid secara aktif. Pembelajaran dan pengajaran (PdP) akan lebih seronok apabila apa yang mereka pelajari bersama rakan-rakan adalah sama selain meningkatkan persaingan antara murid-murid untuk cemerlang. c) Memupuk kerjasama antara murid. Apabila berada dalam kelompok yang sama, murid akan mudah berinteraksi sesama mereka dalam menyelesaikan tugasan atau aktiviti dan membantu ahli kumpulan untuk cemerlang bersama. d) Guru dapat menumpukan perhatian terhadap murid. Aktiviti berkumpulan memudahkan guru untuk memfokuskan keperluan murid berdasarkan aktiviti yang dijalankan kerana perkembangan potensi murid tidak dapat dikenalpasti melalui peperiksaan. e) Membantu murid yang lemah. Dengan mengelaskan murid mengikut kepintaran, guru dapat menjalankan pengajaran terhadap kumpulan murid lemah dengan kaedah yang paling sesuai dengan tahap penguasaan mereka. f) Memupuk rasa bertanggungjawab dalam diri murid. Sepanjang aktiviti dijalankan, murid perlu bertanggungjawab dari segi tugas masing-masing dalam kumpulan, penggunaan peralatan pembelajaran dan hubungan antara ahli kumpulan di mana setiap ahli kumpulan perlu menghormati satu sama lain Sistem Pengasingan Kelas dan Sistem Kelas Campur di SMK Long GafarSMKLG menggunakan sistem pengasingan kelas mengikut kepintaran pada peringkat menengah bawah, dan menggunakan sistem kelas campuran bagi peringkat menengah atas. Kelas Pendidikan Khas juga disediakan khusus bagi murid kelainan upaya. Bagi murid dalam aliran yang sama, tiada pengasingan mengikut kepintaran. Dari segi kokurikulum, murid akan ditempatkan dalam kelompok yang sama supaya aktiviti yang dijalankan berjalan lancar.
Adakah kelas campur memberi impak yang lebih berkesan kepada prestasi murid berbanding kelas mengikut kepintaran?Sistem pengasingan kelas dan sistem campur mempunyai kelebihan dan kekurangan masingmasing. Antaranya dari segi jurang kepandaian murid, strategi pengajaran guru dan tumpuan murid di dalam kelas sepanjang sesi PdP berjalan. SMK Long Gafar sebelum ini menggunakan sistem pengasingan kelas mengikut kepintaran, namun pada tahun 2016 sistem kelas campur dikuatkuasakan kepada murid tingkatan menengah atas. Pada tahun 2015, gred purata sekolah bagi SPM adalah 3.8. Bermula tahun 2016, gred purata menurun kepada 4.45. Prestasi sekolah dikatakan merosot kerana pertukaran sistem kelas yang tidak menjadi kebiasaan kepada murid dan guru. Guru belum mengenalpasti kaedah pengajaran yang sesuai untuk murid pelbagai kepintaran. Murid juga dikatakan tidak bersedia untuk ditetapkan dalam satu kelas yang sama bersama murid yang pintar dan lemah menyebabkan mereka sukar bekerjasama dalam bersama-sama meningkatkan prestasi. Bermula tahun 2017, gred purata sekolah semakin baik iaitu 3.89 di mana meningkat sebanyak 0.56 dari tahun 2016. Dapat dilihat bahawa guru dan murid dapat beradaptasi dengan sistem kelas campur. Pada tahun 2018 gred purata sekolah meningkat sebanyak 0.37 iaitu 3.52. Prestasi sekolah semakin baik daripada tahun ke tahun dikatakan kerana sistem kelas campur yang berkesan terhadap penguasaan murid dalam matapelajaran. Namun bagitu, keberkesanan sistem ini masih dalam kajian, bukan sahaja dari segi pencapaian akademik murid malah sahsiah dan rohani murid. Analisis SWOT Aktiviti Pengajaran BerkumpulanKelebihan a) Guru boleh merancang kaedah pengajaran yang sesuai dengan pencapaian murid. b) Memberi persaingan yang sihat dalam kalangan murid. c) Mendedahkan bentuk pengajaran berlainan yang membantu perkembangan murid. d) Mewujudkan rasa peka dalam kalangan murid apabila setiap murid perlu memahami arahan agar mereka mampu menyelesaikan aktiviti dengan sempurna. e) Menggalakkan murid untuk mancari dan mendapatkan maklumat tambahan. f) Murid lebih cenderung untuk mencurahkan idea dan menerima pendapat daripada orang lain. Kekurangan a) Guru tidak dapat memberikan perhatian yang saksama kepada semua murid. b) Pembelajaran rakan sebaya kurang berlaku, terutamanya pembelajaran mengikut kebolehan. c) Mewujudkan jurang pencapaian murid. Jurang kepintaran antara murid yang cemerlang dan lemah jelas kelihatan dan boleh mengganggu emosi murid. d) Murid tidak dapat mengawal tingkah laku kerana menganggap guru tidak memerhatikan mereka. Halangan a) Guru harus menghadapi masalah disiplin murid kerana masyarakat sudah terbiasa dengan persepsi bahawa murid yang tidak pandai adalah murid yang nakal dan bermasalah. b) Tumpuan dan emosi murid mudah terganggu kerana dipengaruhi oleh rakan yang tidak berminat untuk belajar dan suka mengajak murid lain untuk ponteng sekolah. c) Guru sukar memilih kaedah yang hendak digunakan dan sesuai untuk digunakan terhadap kelompok murid yang mungkin lain daripada yang lain. d) Murid merasakan tidak diberi peluang untuk menonjolkan diri apabila murid yang pandai lebih menguasai keseluruhan aktiviti. Peluang a) Pendekatan terhadap setiap murid adalah berbeza dan kaedah pengajaran yang sesuai membolehkan murid menguasai sesuatu matapelajaran dengan lebih baik serta guru tidak perlu mengajar murid berbagai kemahiran yang berbeza kerana murid berada dalam kelompok yang sama. b) Menjalinkan hubungan persahabatan sesama murid melalui aktiviti berkumpulan yang memerlukan interaksi dan kerjasama antara ahli kumpulan. c) Murid dapat belajar dalam suasana yang meyakinkan bersama rakan kerana mempunyai kemahiran berfikir yang setaraf. d) Murid dapat membina rapport dengan orang lain dan mempunyai ruang untuk berkomunikasi dengan lebih baik apabila ahli kumpulan berubah. GLOSARI
Adaptasi- proses penyesuaian terhadap suatu keadaan yang baharu atau berbeza Rapport- suatu hubungan yang rapat dan harmoni antara dua atau sekumpulan manusia yang mengambil berat terhadap perasaan atau idea masing-masing dan berkomunikasi dengan baik. RUJUKAN Ahmad Khazani, Asmawati, Surizawati (2014). Perhidmatan Menolong ke Arah Peningkatan Kualiti Hidup. Malaysia: KPM. Diperoleh daripada http://digilib.unimed.ac.id/4785/1/Fulltext.pdf Heryyan Shah (2017). Pengurusan Bilik Darjah: 42 Strategi Mengekalkan Tumpuan dan Perhatian Murid. Sabah: mudahmengajar.com. Diperoleh daripada mudahmengajar.blogspot.com/2017/10/ebook-pengurusan-bilik-darjah.html
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorWAN NURUL ASMIMI BINTI RAMLI |